Template Books

Sunday, August 7, 2011

APA YANG BERLAKU DI KELAS KUDA?

Assalamua'laikum...

Awak semua sihat?

Saya belajar kuda di DARC , Ini kali pertama saya dapat menuggang kuda yg bernama Dira. Kuda ini senang dengar cakap,baik dan sebagainya. Kuda ini berwarna coklat. Coach nama Wildan. Coach dia pun baik. Jika anda semua berminat untuk belajar kuda boleh la datang ke DARC di Shah Alam. Tapi sebelum datang, beli sarung tangan dan topi. Tapi kalau nak beli kasut dia tak payahlah, bila dah hebat barulah beli, kalau tak membazir je beli awal sangat.
Bye.... Sampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya...

Assalamua'laikum...
~ Sya ~

Sunday, June 5, 2011

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Assalamua'laikum...

Sihat?

Kawan-kawan, PENGALAMAN INI TIDAK DAPAT DILUPAKAN kerana...Jap nak ingat balik ni. AHA!!! Mula2 saya bangun pukul 7 lebih. Saya bangun waktu pagi tau... Lepastu, saya siap2 untuk pergi beratur nak beli iPad2 masa tu saya tiba di sana pada pukul 8:30 pg bila saya nak pergi beratur tu haaahhh!!! Saya terperanjat sangat sebab barisan tu panjaaaaaaaaaaaaaaannnnngggg
sangat saya agak dalam 150 org kat situ... Masa tu pun hujan.

Org tu bukak kedai tu dalam pukul 9 pagi. Ada dua org yg sedang edarkan satu kad. Papa saya ckp siapa yang dapat kad tu dia dapat beli iPad2 akhirnya kad tu tak sampai kat tangan saya... huh, sedihnya saya tapi sebenarnya iPad2 untuk papa saya dan papa saya yg guna duit dia untuk beli iPad2 pastu saya pun pergi makan sarapan kat satu kedai ni tapi kedai tu kotor sikit.

Lepas makan saya per gi midvalley pulak saja nak jalan2... tema untuk bulan ni di midvalley ialah PIRATES OF THE CARIBBEAN! Seterusnya saya pulang ke rumah........... Lapas ni saya nak pergi makan tengahari. Bye.... Sampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya...

Assalamua'laikum...
~sya~

Sunday, May 29, 2011

CUTI SEKOLAH BERMULA !

Assalamua'laikum...

Yyyyyaaaaaahhhhooooooooo........ Bestnya.... Cuti sekolah dah bermula !!! Tak sabarnya nak berseronok dengan keluarga saya... Mungkin cuti ni saya sekeluarga akan pergi Bermain Boling , tengok cerita kat Panggung Wayang dan sebagainya.

Tapi, saya tak balik kampung... Kalau saya ada kuda dan pandai menunggang kuda pun best juga sebab boleh saya luangkan masa saya bersama keluarga dan kuda saya. Tapi, saya tak pandai menunggang kuda dan tiada kuda.
Sampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya..

Assalamua'laikum...
~ Sya ~

Saturday, April 16, 2011

LAWATAN KE PWTC ANJURAN SEKOLAH

Assalamua'laikum...

Awak semua nak tau tak, hari ni best sangat! Apa korang tanya apa yang best? Ala takkan la kamu semua tak baca tajuk kat atas tu... Penat je saya tulis tajuk kat atas tu... Lagi pun hari ni saya dapat banyak sangat hadiah dari Tutor TV dan di gerai2 yang lain.

Selain itu,saya juga dapat belon dari gerai2 dan badut,tetapi ada beberapa belon itu saya berikan kepada kawan saya.Awak semua nak tau tak apa yang dia lakukan pada belon itu?Dia ambik gunting dan pecahkan belon itu. Tandas di sana pun saya guna. Saya siap boleh main dalam tandas itu sebab tandas kat situ unik sikit. Tandas di situ tak ada paip.Kalau nak tau macam mana nak guna air , awak semua kena tekan butang kat dinding, pastu air tu keluar dari dalam mangkuk tandas tu. Sebab tu saya boleh main air.

Akhir sekali kami semua makan di MC'DONALD,kami semua makan dengan berselera sekali. Cikgu tak order yang HAPPY MEAL tapi cikgu order burger yang set punya untuk kami semua. Sampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya...

Assalamua'laikum...
~ Sya ~

Monday, March 14, 2011

Bestnya

Assalamua'laikum...

Semua nak tau tak apa yang best sangat? Sebenarnya ada beberapa perkara ,
- cuti sekolah
- dapat makan burger
&
- dapat bermain masa cuti sekolah

S
ampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya...

Assalamua'laikum...
~ sya ~

Saturday, February 26, 2011

Penat ...... nya......

Assalamua'laikum...

Sihat?

Penatnya hari ni , panas pulak tu... kalau dapat makan aiskrim kan best :).
Tadi baru je basuh kasut . Lagipun sya kekenyangan hari ni sebab terlebih.
Hari ni sya makan mee hun , 1 karipap , 1 kuih (apa eh nama kuih ni) ,
waffle , makan cereal dan minum air jambu special [orang tu bubuh lebih asam].
sampai sini je lah percakapan kita ni kita jumpa di lain hari ya...

Assalamua'laikum...

~sya~

Sunday, February 20, 2011

Azam Baru

Assalamualaikum semua...

Sihat tak? Kalau tak sihat cepat-cepat la pergi jumpa doktor tau...
Mulai hari ini saya akan update blog setiap hujung minggu dan Cuti Umum (kadang-kadang terlupa juga )... sampai sini je lah jumpa di lain hari. Lain kali saya update lagi ya.

Assalamialaikum...

~ Sya ~

My favourite video